mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2 SUKU PERTAMA (Q1) TAHUN 2020

kjus2Q1T2020

 

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Kamarul Aripin bin Md Saman

Umur : 34 Tahun

Pendidikan : Diploma

LATAR BELAKANG

Saya merupakan seorang pekerja di syarikat swasta dan sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang cahayamata. Demi menjana pendapatan sampingan, saya bercadang untuk menjual produk makanan. Produk makanan tersebut mestilah yang tahan lama. Selain itu, saya ingin menjual produk makanan yang boleh di pos kerana peluang meraih keuntungan melalui pos sangat tinggi ekoran pada zaman sekarang sedang popular dengan perniagaan secara atas talian.

Oleh kerana ibu saya mahir dalam penghasilan sambal kacang, Saya mengambil keputusan untuk mengetengahkan kemahiran ibu saya dalam  menghasilkan sambal kacang berbentuk  instant. Iaitu produk yang sudah siap di masak dan para pembeli hanya panaskan sahaja dan terus makan. Saya belajar cara-cara menghasilkan sambal kacang ini daripada ibu saya sendiri. Resepi adalah 100% daripada ibu saya.

Sambal kacang ini sesuai dimakan bersama satay, nasi himpit, ketupat, pecal dan sebagainya.

Alhamdulillah perniagaan saya semakin mendapat tempat lebih-lebih lagi saya menggunakan platform atas talian.

Saya juga kerap mengunjungi PI untuk tujuan pengiklanan produk saya kerana di PI internet lebih laju dan penghasilan poster iklan juga dibantu oleh petugas PI

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

       kurang promosi

       promosi kurang menarik

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

       Mempromosi produk di PI

       Memnghasilkan poster yang lebih menarik untuk tujuan promosi

 Apa yang Dipelajari Melalui PI

       Mempelajari Adobe Photoshop untuk tujuan pengiklanan

       Mengiklankan produk melalui shopee

 Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

–   Mengajar cara penghasilan design poster yang lebih menarik