mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 SUKU PERTAMA (Q1) TAHUN 2020

kjus1Q1T2020

 

 

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Siti Rohana Binti Li

Umur : 38 Tahun

Pendidikan : Sekolah Menengah

LATAR BELAKANG

Saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunya 4 orang anak. Suami saya bekerja sebagai pemandu bas kilang. Saya mula berniaga secara kecil-kecilan di hadapan rumah saya dengan berniaga minuman. Seterusnya pada awal tahun lepas, saya mula mengikut kakak ipar saya untuk berniaga di pasar malam. Berniaga di pasar malam dapat memperoleh keuntungan yang lebih berbanding berniaga di ahdapan rumah sahaja.

Pada awal tahun 2020, saya telah berkunjung ke Pusat Internet untuk menolong suami saya menyiapkan surat tugasan beliau. Lama-kelamaan saya mendapat tahu bahawa PI ada menyediakan kelas latihan ICT. Sejak dari itu, saya mula mendaftar sebagai ahli sebegai syarat wajib untuk menyertai kelas latihan yang dianjurkan oleh PI. Saya mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk belajar komputer.

Tujuan saya belajar adalah untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai penggunaan komputer kerana saya percaya komputer dapat membawa saya kea rah yang lebih berpengetahuan dalam bidang IT selaras dengan kemajuan di zaman serba canggih ini. Saya boleh praktikkan ilmu yang dipejari dalam perniagaan saya terutama sekali dalam meningkatkan promosi jualan saya. Serta dengan mempromosikan perniagaan saya, mungkin saya dapat pelanggan yang lebih ramai.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

       Kurang mahir dalam penggunaan komputer

       Tidak tahu kegunaan internet

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

–    Sudah faham dan semakin mahir mengguna internet dan komputer

 Apa yang Dipelajari Melalui PI

       Mempelajari whatsapp link, whatsapp web, whatsapp group

       Mempelajari cara penggunaan MS Word

       Mempelajari cara penggunaan emel

 Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

      Memperkenalkan cara mempromosikan produk melalui whatsapp, facebook, dashboard    komuniti.