| Tarikh | : 13,16,20 & 23 Januari 2026 |
| Masa | : 9.30 am – 11.00 am & 3.00 pm – 4.30 pm |
| Lokasi | : NADI Batu 14 Teluk Medan |
Tujuan :
NADI Mahir ialah inisiatif kursus kemahiran percuma yang ditawarkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf ekonomi dan kemahiran komuniti, terutamanya golongan belia (18-40 tahun). Ia merangkumi latihan praktikal seperti masak, jahit, foto, baiki gajet, dan pertanian melalui kaedah dalam talian serta amali di NADI.
Aktiviti
Memberi ilmu dan latihan kemahiran praktikal kepada ahli NADI untuk meningkatkan pendapatan.
Kursus Yang Ditawarkan:
- Mahir Masak : Penyediaan makanan, minuman, dan pastri.
- Mahir Jahit : Kemahiran asas jahitan.
- Mahir Foto : Mencipta kandungan media sosial dan cara mengambil gambar.
- Mahir Baiki Gajet : Teknik membaiki peralatan elektronik.
- Mahir Pertanian Pintar : Ilmu berkaitan pertanian.
Pelaksanaan: Kursus dijalankan selama 3-6 bulan (1-1.5 jam seminggu) melibatkan latihan dalam talian dan amali di NADI.
Syarat: Terbuka kepada ahli NADI yang berdaftar, terutamanya golongan muda berumur 18 hingga 40 tahun.
Inisiatif ini bertujuan memperkasa komuniti MADANI dengan kemahiran praktikal yang relevan dengan ekonomi semasa.