mcmc
Laporan Aktiviti

TAKLIMAT KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SMK ABU BAKAR AL-BAQIR

Tarikh:  26 November 2025 (Rabu)
Masa: 2.30 pm – 4.30 pm
Lokasi: SMK Abu Bakar Al-Baqir

Tujuan :

Tujuan utama Kempen Internet Selamat adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital di kalangan rakyat Malaysia, memerangi jenayah siber seperti penipuan dalam talian dan buli siber, serta mendidik pengguna tentang penggunaan internet dan media sosial yang bertanggungjawab dan beretika. Kempen ini juga menumpukan kepada melindungi kanak-kanak daripada bahaya seperti kandungan eksploitasi seksual dan mempromosikan aktiviti alternatif yang lebih sihat.

Aktiviti

1. Taklimat berkaitan NADI.

2. Aktiviti 5 Perkhidmatan Pintar NADI.

3. Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS)

  • Kawalan Kendiri & Pemikiran Kritis
  • Red Flag dalam dunia maya
  • Bahaya Buli Siber.

4. Kuiz dan Soal Jawab.

5. Pendaftaran My Digital ID.

6. Pemeriksaan Kesihatan.

Lihat Gambar Di Sini